Tip Menulis Buku Motivasi
Berkali-kali kita berjumpa dengan orang yang berminat hendak menulis buku motivasi. Berkali-kali kita lihat betapa mereka tidak tahu-menahu ciri-ciri buku motivasi yang laku dijual.
Apabila ditanya, kepada siapa buku itu hendak ditargetkan, mereka salah target! Ambil sebagai contoh, mereka hendak menulis buku motivasi belajar bagi membantu pelajar-pelajar yang malas belajar supaya rajin belajar. Tetapi, budak-budak yang malas belajar tidak suka membaca buku motivasi belajar, apatah lagi MEMBELI buku motivasi!
Semua buku ramai yang memerlukannya, tetapi orang yang memerlukannya belum tentu membelinya. Buku “Hidup Sihat Tanpa Dadah” diperlukan oleh semua orang. Tetapi orang yang tidak mengambil dadad tidak membelinya. Penagih dadah pun tidak membelinya!
Katakanlah, saudara menulis buku dengan tajuk “Pendidikan Akhlak untuk Remaja”.
1. Siapa yang berminat membeli buku saudara itu?
Antaranya adalah pustakawan dan guru pusat sumber sekolah. Mereka mungkin membeli, tetapi tidak membacanya sebab dalam kerjaya mereka sebagai pustakwan dan guru pusat sumber, mereka itu tidak perlu membaca buku tentang pendidikan akhlak untuk remaja. Jumlah pustakawan dan guru pusat sumber adalah amat kecil di negara ini.
2. Siapa yang memerlukan isi kandungan buku saudara itu?
Antaranya adalah ibu bapa, mereka yang menganjurkan kem-kem motivasi, kaunselor sekolah, dan pakar pendidikan. Walaupun isi kandungan buku saudara mungkin berguna kepada mereka, tetapi mereka mungkin tidak membelinya dan tidak membacanya. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja bermasalah akhlak pula tidak pergi ke kedai buku.
3. Siapa yang mahu membaca buku saudara itu?
Sudah tentu remaja tidak suka hendak membaca buku tentang pendidikan akhlak untuk mereka.
Kemahiran mengenalpasti siapa yang mahu membeli dan siapa yang mahu membaca buku saudara dapat membantu saudara mengelakkan kesilapan memilih tema buku yang saudara tulis.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

No comments:
Post a Comment