- Memahami yang membaca adalah satu daripada tuntukan Islam. Benar kata Ibnu Mubarak, “Seseorang itu sentiasa alim selama mana dia menuntut ilmu. Apabila datang persepsi yang beliau sudah menjadi alim, maka jahillah dia.”
- Membina perpustakaan mini di rumah. Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna pernah menerangkan cara yang paling efektif dalam mendidik remaja dengan pendididkan Islam adalah mewujudkan perpustakaan di rumah sekalipun sederhana.
- Muatkan dengan koleksi buku-buku berkaitan akhlak, hikmah, motivasi, sejarah Islam, biografi salafussoleh, kisah hidup ulama terdahulu, kisah-kisah penaklukan Negara, dan sebagainya. Jadikan buku-buku itu sebagai “makanan” akal dan bagi memperkayakan minda anak-anak.
- Mengunjungi perpustakaan atau gedung ilmu. Tabiat seperti ini dapat mendekatkan individu, keluarga, dan rakan taulannya supaya minat membaca. Hal ini apabila dipupuk sejak kecil lagi, ia akan menjadi sebati dan menambah minatnya kepada bahan bacaan.
- Pembinaan suasana pembacaan, sama ada di rumah, dalam majlis, di tempat terbuka, dan lain-lain. Sekiranya ibu bapa menunjukkan sifat mencintai ilmu melalui pembacaan, sama ada melalui buku, majalah, akhbar, dan lainnya, sudah pasti ia memberi kesan dalam pembentukan jiwa ahli keluarga, terutamanya anak-anak. Ini kerana guru mereka yang utama adalah ibu bapa.
- Menjadikan bahan bacaan sebagai hadiah, walaupun untuk majlis perkahwinan. Contohnya buku yang berkaitan dengan pembentukan keluarga bahagia. Begitu juga apabila anak-anak menempa kejayaan, dihadiahkan senaskah buku yang dapat memberi motivasi dan meningkatkan lagi minat rajin membaca.
- Memilih rakan taulan yang mempunyai minat membaca. Ini kerana, rakan taulan mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam membentuk keperibadian seseorang.
- Pemimpin masyarakat perlu menunjukkan minat membaca, sama ada pada peringkat tertinggi hingga ke peringkat bawahan. Hal ini selaras ddengan hadis Rasululllah, “Manusia menuruti agama raja-raja mereka”.
- Tawaran dan hadiah kepada mereka yang banyak membaca. Mungkin boleh di fikirkan anugerah khas kepada mereka yang banyak membaca, disamping dikerapkan lagi pertandingan membaca paling banyak.
- Mendedahkan kepada masyarakat khususnya anak-anak perihal tokoh-tokoh Islam ataupun cendekiawan yang begitu rajin membaca bagi menambahkan ilmu. Ceritakan juga kejayaan yang ditempa dalam hidup mereka hasil daripada banyak membaca.
- Media massa sama ada televisyen, radio, akhbar, dan majalah mempromosikan kempen membaca serta mendedahkan kelebihan dan faedah daripada bahan bacaan yang baik. Ini sudah pasti merangsang kepada masyarakat cintakan buku. Tambahan daripada itu, ditampilkan tokoh-tokoh yang banyak membaca pada arus perdana.
- Para cendekiawan, ulama, dan pemimpin perlu duduk semeja bagi membincangkan bagaimana mahu meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan remaja dan masyarakat. Akhirnya membaca menjadi keperluan dan kemestian dalam jiwa setiap masyarakat.
Seperkara lagi, suka dinyatakan method membaca dengan cepat. Dr.Aidh al-Qarni dalam bukunya Beginilah Zaman Memotivasikan Kita menyatakan, method membaca dengan cepat adalah membaca dengan cara sepintas lalu dalam waktu yang singkat. Walaupun tidak benar-benar menekuni, method membaca seperti itu tetap mempunyai nilai positif.
Antaranya dapat menjimatkan waktu, mendorong seseorang supaya selalu belajar dan membaca, mengumpulkan semua ilmu dan wawasan yang tercicir, yang sebelumnya sudah pernah diketahui. Metod ini juga baik digunakan bagi mengingat kembali pelbagai maklumat yang pernah dibaca dan diperoleh.
Akhirnya, kita mengharapkan daripada usaha seperti ini dapat meningkatkan minat membaca selaras dengan anjuran wahyu pertama yang sudah pasti membawa kepada masyarakat rabbani yang penuh dengan ilmu.Fokus utama penghayatan roh iqra’ ini adalah pada pembinaan individu yang berkaitan soal pembangunan modal insan.
Tidak lupa juga menjadikan Buku sebagai "teman istimewa di mana-mana kita berada"
Tidak lupa juga menjadikan Buku sebagai "teman istimewa di mana-mana kita berada"
Sorotan sejarah yang dibuat tidak semata-mata kepada soal mengenali sifat sejarah sahaja. Semuanya lebih kepada unsur tersirat yang mampu menimbulkan kesedaran mendalam serta penghayatan yang tinggi dalam membina keperibadian mulia.
Seterusnya terhasillah Baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur iaitu Negara yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun.


No comments:
Post a Comment